AMARAN!!: Kalau korang mengharapkan sesuatu ilmu, pengajaran atau pendapat tentang sesuatu isu. Harap maaf, tiada benda-benda tu disini. Ini hanya lah coretan yang KOSONG tanpa sebarang pengisian ilmu yang berguna,kalau aderpon sikit2 je kot. lagipun BLOG ni aku uat untuk aku suka suki sahaje. Kalau nak tengok, saya alu-alukan, kalau tak mau tengok, saya pun tak kisah. Tujuan nya adalah untuk kepuasan diri sendiri. -minamiSENSEI....

PENGIKUT GUE

entry dan sumpah seranah

10.13.2008

InDieBeST



Jantungku kekeringan alasan untuk berdegup
Dan jiwaku terkorban di medan perjuangan, penantian, impian
Harapan itu senjata yang paling merbahaya buat sekalian umat manusia
Seperti jarum beracun yang membunuh senyap
Seperti segudang dadah yang merosak
Sembunyi darah ini di balik seribu perisai besi
Apa yang dipandang tinggi bila jarum yang mengakhiri

Aku mayat askar yang berpura-pura seolah ia berjalan tegap
Tak ku benar jasad rompongnya berehat satu saat pun
Untuk mengingatkan bahawa ia telah mati
Tolong jangan diujar lagi, aku tak mahu mati berkali
Esok aku kan tiba di lapangan terbang dan menghilang
Harapan itu senjata yang paling merbahaya buat sekalian umat manusia
Seperti jarum beracun yang membunuh senyap
Seperti segudang dadah yang merosak
Sembunyi luka ini di balik seribu perisai besi
Apa yang hendak dipuji bila jarum yang mengakhiri
Aku mayat askar yang berpura-pura seolah ia bernafas lancar
Tak ku benar jasad rompongnya berehat satu saat pun
Untuk mengingatkan bahawa ia telah mati

Title:"Askar (Raw)"
Artist: waniardy

No comments: